Salam Blogger

My photo
seorang isteri kpd suami tercinta..mama pd puteri tersyg...dan guru kpd murid2.. blog ni ditujukan khas buat anakanda tercinta..we luv u syg

Tuesday, December 14, 2010

Bayi jatuh katil

Di bawah ni sikit artikel yg aku jumpa tentang bayi yg jatuh katil...hope dpt share dgn yg lain2...

Otak manusia mempunyai beberapa lapisan perlindungan untuk mengurang risiko kecederaan kerana ia adalah salah satu organ yang penting untuk membolehkan kita berfungsi secara normal. Otak kita terletak di dalam tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak untuk melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat apabila berlaku kecederaan.

Kecederaan otak boleh berlaku sama ada melalui trauma seperti jatuh atau gegaran yang kuat terhadap bayi iaitu jika bayi digoncangkan dengan kuat (shaken baby syndrome).

Seperti yang telah disebutkan, otak manusia mempunyai banyak lapisan perlindungan. Oleh itu otak hanya akan tercedera atau mengalami gegaran yang kuat jika terjatuh dan terus menghempap kepala. Kepala yang selalu terhentak tanpa impak yang kuat tidak akan mencederakan otak.

Bayi yang terus menangis sejurus selepas terjatuh adalah satu petanda yang baik berbanding dengan jika bayi terus terdiam atau pengsan selepas jatuh. Jika tiada kesan seperti muntah, menangis yang berterusan atau sawan selepas 48 jam, besar kemungkinan jatuh tersebut tiada kesan terhadap otak. Ini juga tidak akan mengganggu kesihatan fizikal dan mentalnya pada masa akan datang.

Pemeriksaan doktor boleh memberi kepastian yang bayi tidak mengalami sebarang masalah akibat jatuh tersebut. Bayi yang masih menyusu akan mendapat bekalan kalsium yang cukup dan penambahan kalsium dalam makanan tidak akan menjamin bahawa otak tidak akan tercedera apabila terjatuh, kerana trauma adalah suatu yang mekanikal. Apa yang perlu dilakukan adalah memastikan bahawa bayi tidak ditinggalkan di tempat yang tinggi seperti di atas katil bersendirian kerana pada usia 5 bulan mereka sudah mula berpusing dan terdedah kepada bahaya seperti terjatuh.

Jawapan disediakan oleh Dr. Roliza Ibrahim, Pakar Pediatrik Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam, Selangor.

artikel diambil dari web http://www.srikasih.co.cc

semoga lepas ni semua parents termasuk aku akan lbh berhati2...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...