Salam Blogger

My photo
seorang isteri kpd suami tercinta..mama pd puteri tersyg...dan guru kpd murid2.. blog ni ditujukan khas buat anakanda tercinta..we luv u syg

Monday, December 13, 2010

AL-RIH AL-AHMAR

al-rih al-ahmar , atau nama melayunya ANGIN AHMAR. Baba aku adalah antara mereka yang terkena penyakit ini. ia juga lebih dikenali sebagai ‘strok’ merupakan penyakit pembunuh nombor tiga di dunia selepas kanser dan jantung. Setiap orang sama ada yang sudah berumur atau yang masih muda berisiko mendapat penyakit ini terutama bagi mereka yang gemar mengambil makanan berlemak dan narkotik (menghisap rokok).
Baba dah 14 tahun mengidap penyakit ni. kesian baba. sekarang ni aku tengok baba makin lemah. semakin susah nak melangkah, semakin berat kaki nak diangkat. dari zaman Nabi Sulaiman a.s. telah ada penyakit ni. dia menjelma sebagai mahkluk (yang berupa manusia) yang besar panjang badannya lagi hebat dan dahsyat rupanya dengan keluar api bernyala-nyala daripadanya. dia memperkenalkan dirinya sebagai AL-RIH AL-AHMAR.

“Aku bernama al-rih al-ahmar iaitu satu penyakit yang amat dahsyat di antara penyakit-penyakit. ALLAH S.W.T. menjadikan aku sebegini rupa dan diberi-Nya aku kuasa mendatangkan kesakitan kepada cucu Nabi Adam a.s. dan Hawa’. Aku dapat meresap dan berjalan di dalam tubuh manusia sebagaimana darah dapat mengalir di dalamnya sehingga aku dapat meesap ke sendi-sendi dan urat-uratnya. Apabila ALLAH S.W.T. berkehendak memberi azab kepada sesiapa di antara makhluk ataupun memberi kuasa kepada aku, aku masuk ke dalam tubuhnya. Jika aku masuk ke dalam otaknya, maka hilanglah akalnya, dan jika aku masuk menerusi hidungnya, nescaya zahirlah aku berupa penyakit bengkak-bengkak dan sembab-sembab seterusnya hingga aku binasakan seluruh anggota badannya.”

Di Amerika, penyakit ini adalah ketiga yang menyebabkan paling banyak kematian dan kehilangan upaya di kalangan dewasa.satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar. Bagi setiap lima kematian tersebut, 2 kematian adalah orang lelaki dan 3 kematian ialah orang wanita.
jadi sama-sama la kita membaca doa di bawah ni sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup bagi mengelakkan penyakit ini menyerang kita. insyallah..kita berusaha dan Allah yang menentukan segalanya.
SILA KLIK PADA IMEJ SUPAYA LEBIH JELAS.






buat arwah baba dan mak...we luv u...buat arwah baba...sakit yg ditangguh selama berbelas thn ni amat memeritkan...kami tahu baba pergi dgn tenang dan pergi stlh semua tanggungjwb telah diselesaikan...arwah baba cukup bertahan demi tanggungjwb yg belum selesai...Al-Fatihah buat arwah baba dan mak...

DIPETIK DARIPADA :http://nurjeehan.wordpress.com/2007/06/11/doa-pelindung-penawar-angin-ahmar/
untuk maksud doa di atas dalam bahasa melayu, sudilah kiranya merujuk website nurjeehan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...